PENDAHULUAN

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dikuatkuasakan terhadap mana-mana orang yang memproses dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial. Avaland Bhd (No. Syarikat: 881786-X) termasuk tanpa batas kepada kumpulan syarikat-syarikat, syarikat-syarikat gabungan dan syarikat-syarikat yang telah diberi kuasa (selepas ini dikenali secara kolektif sebagai “Avaland” dan “kami”) menghormati keperluan untuk mengekalkan kesulitan dan keselamatan informasi yang mungkin dibekalkan kepada kami melalui apa-apa saluran termasuk laman web Avaland. Anda dianggap telah baca, faham dan setuju supaya Avaland merujuk dan mengguna data peribadi anda dalam provisi komunikasi yang dibenarkan oleh undang-undang dengan cara yang dinyatakan dalam polisi di sini. Kedua-dua Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Privasi dalam versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia boleh dirujuk dalam laman web Avaland. Versi Bahasa Inggeris akan digunapakai sekiranya terdapat konflik dalam pernyataan kedua-dua versi. Avaland merizab haknya untuk membetul, mengubah atau mengemaskini polisi ini dari semasa ke semasa. Avaland akan memaparkan perubahan-perubahan yang material dalam polisi ini dalam laman web Avaland bersama dengan Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Privasi yang telah dikemaskini.

 

PENGUMPULAN DAN AKSES DATA PERIBADI

Kami mengendali data peribadi anda secara serius. Dengan itu, kami hanya akan mengumpul informasi peribadi yang dibekalkan oleh anda secara spesifik dan sukarela berdasarkan pengurusan dan transaksi termasuk tanpa batas kepada yang berikut:-

  1. gelaran
  2. nama penuh (berdasarkan no. kad pengenalan / paspot / lain-lain identifikasi)
  3. no. kad pengenalan / no. paspot / no. polis / no. askar
  4. tarikh lahir
  5. jantina
  6. negara
  7. warganegara
  8. alamat menyurat
  9. alamat e-mel
  10. no. telefon
  11. agama
  12. keturunan.
  13. status bumiputera
  14. majikan
  15. butiran majikan
  16. jawatan
  17. julat gaji
  18. butiran suami / isteri / pihak ketiga**
  19. no. kad kredit atau butiran akaun bank
  20. maklumat perubatan

**Avaland tidak bertanggungan untuk mengesahkan sebarang data peribadi pihak ketiga yang dibekalkan kepada Avaland termasuk tanpa batas melalui pengesyoran, rujukan atau penamaan kerana persetujuan pihak ketiga harus diperolehi oleh pembekal data sebelum membekalkan data peribadi tersebut kepada Avaland.

Kami akan mengguna dan memproses data peribadi anda berhubung dengan servis-servis yang mungkin diminta oleh anda daripada Avaland termasuk tanpa batas kepada berikut:-

  1. untuk tujuan penggajian
  2. untuk melanggan risalah Avaland
  3. untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti online atau pertandingan
  4. untuk mengambil bahagian dalam perbincangan atau forum mesej
  5. pendaftaran untuk minat dalam acara-acara pelancaran, promosi, tawaran dan sebagainya
  6. untuk muat turun risalah dan bahan-bahan produk
  7. untuk tujuan pemasaran
  8. untuk tujuan pengurusan internal Avaland contohnya, audit, analisis data dan penyelidikan dan pembangunan
  9. untuk tujuan keselamatan dan mencegah penipuan

 

PENZAHIRAN

Avaland akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi data peribadi anda semasa dikendali oleh kami. Walaubagaimanapun, Avaland merizab haknya untuk menzahir informasi tersebut kepada pengguna data pihak ketiga atau pembekal laman web termasuk tanpa batas dalam situasi seperti berikut:-

  1. sepertimana dan apabila dikehendaki untuk menzahirkan di bawah undang-undang
  2. untuk perbankan dan institusi kewangan (contohnya permohonan pinjaman)
  3. untuk kegunaan Avaland
  4. untuk pengedaran bahan-bahan produk bagi Avaland
  5. untuk kegunaan juruaudit external

 

Senarai situasi penzahiran di atas bukan secara terperinci dan mungkin akan termasuk situasi yang lain yang mana tidak dinyatakan dalam polisi ini.

PENYIMPANAN

Avaland akan menyimpan data peribadi anda untuk kegunaan Avaland dan kumpulan syarikat-syarikatnya yang selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

 

KETEPATAN DATA PERIBADI

Avaland akan berusaha untuk meringkaskan dan memudahkan cara untuk memastikan data peribadi anda adalah tepat, lengkap dan kemaskini. Avaland tidak bertanggungan untuk mengesahkan ketepatan kandungan data peribadi anda selepas data peribadi diserahkan. Anda boleh menghubungi Avaland melalui butiran yang dinyatakan di bawah untuk mengesah dan mengemaskini data peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada Avaland pada masa dahulu.

 

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah-masalah atau mempunyai soalan-soalan berhubung denga Polisi Privasi ini dan/atau ingin mengemaskini data peribadi anda atau ingin membuat aduan mengenai laman web Avaland, sila hubungi departemen Avaland yang berkenaan melalui telefon, faks atau surat sepertimana yang dinyatakan di bawah:-

Avaland BHD (No. Syarikat: 200901038653 (881786-X))
Lot C-02, Level 2,
SkyPark @ One City,
Jalan USJ 25/1,
47650 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-5115 9988
Fax: +603-5115 9995

 

JABATAN KHIDMAT PELANGGAN (untuk perkara yang mengenai pengemaskinian data peribadi dan laman web Avaland)
Email: [email protected]

JABATAN UNDANG-UNDANG (untuk perkara yang mengenai Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Privasi)
Email: [email protected]